Wednesday, November 17, 2010

"Indahnya" Raya di Perantauan

Salam

Teruja jugak blog aku goggle dah index...dah masuk internat la...hahaha...Hari ni hari raya korban tapi aku xbalik kampung pun..nak balik macam mana esok dah mula sekolah balik.PPD pn satu hal..setakat dua hari je lagi sekolah, bagilah cuti terus..sian kat cikgu2 yang kt perantauan...Raya kat sini xmacam raya korban kat pantai timur.Pantai timur meriah sambutan raya korban.Kat sini raya macam xraya je...tapi nak wat camner kenalah berkorban demi bangsa dan negara..wlaupun aku xdapat korbankan lembu tahun ni tapi aku dah korbankan cuti raya aku untuk bangsa dan negara..kira korban jugak kan...

Hari aku dijemput melapah lembu korban ketua kampung kat sini. Bukan sekor dua yang dikorbankan tapi 6 ekor sekaligus dikorbankan. masa nak ikat lembu-lembu tersebut aku perasan cara yang digunakan untuk mengikat lembu-lembu tersebut memang lain dari yang pernah aku lalui kat kampung aku. Sian pulak aku tengok lembu-lembu 2...dengan kasar dan cara yang salah la bagi aku...lembu sampai kuar air liur basi mejerit...habis suara la katakan. Aku rasa kat kampung aku xla macam 2 sekali...senang je nak rebahkan lembu korban. xde la macam sini smpai meloncat-loncat lembu dibuatnya...1 lagi yang aku kesian..kenapa nak disembelih lembu tersebut di depan kawannya yang juga akan disembelih. Nape x disembelih jauh dari pandangan kawan-kawannya...Adakah kerana lembu ni binatang kita xperlu jaga hati n perasaan dia...kalu aku la...lembu la aku nak jaga sbb dia haiwan yang x berakal..xmampu nak lawan kita..kalau dia mampu lawan kita jangan harap kita nak makan dia. Tapi-apa pun aku dapat jugak dari korban yang disedekah oleh ketua kampung En. Madon.. Tima kasih Tok...

Sekarang bab lain ek....


Anak aku dah masuk 6 bulan sekarang ni..Dari saat kelahiran xcukup bulannya dengan menuggu 2 bulan di tahan kat wad hingga sekarang aku rasa aku makin matang dalam hadapi dugaan Allah.Syukur pada Allah kerana memberi kekuatan kepada aku dalam menghadapi ujian yang Allah berikan 6 bulan lepas. Alhamdulillah dengan berkat pertolongan Allah anak aku dah makin sihat..makin cute pulak 2...dah macam bapak dia dah..memang semangat...Hari ni dia pakai baju baru yang mamanya belikan. Abah xdapt baju baru pun tapi mama ngan adik dapat baju baru..xaci la...hahaha..

Ni aku postkan beberapa gambar anak kau yang cute dengan baju barunya... 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...